Assalamualaikom…Boungiorno.
Kepada coffee lovers. Seperti yang kita tahu coffee adalah salah satu minuman yang memberi banyak khasiat…sila rujuk posting saya pada 9 nov 2020.. Cuma nak tambah sedikit kelebihan coffee ni berdasarkan meta-analysis 127 studies.
- Mengurangkan risiko cancer sehingga 20%
- Mengurangkan risiko sakit jantung sehingga 5%
- Mengurangkan risiko diabetes type 2 sehingga 30 %
- Mengurangkan risiko penyakit Parkinson sehinga 30%
Untuk mendapatkan benefit dari coffee ini. Kita kena tahu bila masa yang sesuai untuk minum coffee seperti kita telan ubat yang doctor bagi. Bukan boleh telan sesuka hati, ada masa-masanya untuk dapatkan kelebihan pada ubat itu begitu juga coffee.
Dalam badan kita ada satu hormon namanya cortisol. Kalau yang berdiet tu mesti tahu apa itu cortisol. Secara ringkasnya cortisol adalah hormone stress. Kalau dia dah keluar kita akan segar (alert) dan kalau dia tiada kita rasa mengantuk/malas. Sama seperti caffein, bila cortisol ini akan release ianya bergantung kepada circadian rhythm (biological clock yang 24 hours circulation time iaitu masa kita tidur dan bangkit).
Mengikut neoroscientis Steve L. Miller, postdoctoral research fellow at the Geisel School of Medicine at Darmouth, bila kita minum kopi selepas hormone cortisol dikeluarkan ( sebenarnya cortisol ni dicontrol oleh otak kita) akan memberi positive effect kepada badan kenara badan kita sudah “wired-up” ( dalam keadaan segar). So kita boleh buat conclusion Coffee + Cortisol = extra stress ( bad for our body).
Jadi bila coffee di minum semasa cortisol ni dah tiada kita akan dapat benefit coffee nya. Kalau tak benefit sikit sahajalah pasal reaction dengan hormone cortisol itu. So when the best time to drink coffee? Mengikut kajian berdasarkan person yang bangun tidur pukul 6.30 am, cortisol level peak pada
- 8am to 9am
- Noon to 1pm
- 5.30pm to 6.30pm
Boleh katakan beza 3 jam selepas bangkit dari tidur. Jadi kalau yang bangun awal contohnya bangun pukul 3.30am (solat tahjud then tak tidur) boleh adjust kebelakang 3 jam. Kalau jenis bangun pukul 10.30am kena adjust ke depan 3 jam. Ini kerana otak kita kan release cortisol sebaik sahaja kita bangun dari tidur bermakna kalau kita minum coffee masa cortisol tengah tinggi tiada benefit untuk coffee munkin bagi kesan negative.
Jadi sementara menunggu cortisol release pagi ini saya minum low fat milk + chia seed + pomegranate (delima). Kalori boleh kurang 180 calorie.


