Eggplant bake with Italian spices recipe dan kebaikannya.

Assalamualaikum…..buongiorno….selamat pagi..salam sejahtera kepada yang non muslim.

Saya nak share satu sayuran yang amat famous tetapi sesetengah orang tidak berapa menyukainya. Eggplant ataupun terung di Malaysia kebanyakan dibuat masak lemak ataupun goring pedas. Kalau di negara barat terung ni boleh dibuat snack dimakan sambil minum kopi.

Terung ini banyak kelebihan terutama kepada yang berdiet, terung amat rendah kalori. Terung ni boleh membekalkan sebayak 5% kandungan vitamin dan mineral untuk keperluan badan kita seharian seperti fiber, copper, manganese, B-6, and thiamine. It also contains other vitamins and minerals.

Antara kebaikan terung ini adalah :

  1. Untuk kesihatan jantung- fiber, potassium, vitamin C, vitamin B-6, and antioxidants in eggplants dapat menyokong kesihatan jatung. National Library of Medicine published in 2019 mencadangkan makanan yang mengandungi flavonoids, including anthocyanins, helps reduce inflammatory markers that increase the risk of heart disease. Tahun 2013 AHA (American Heart Association) journal mendapati wanita pertenganhan umur yang mengambil sayuran/buahan yang mengandungi anthocyanins dapat mengurangkan 32% risiko serangan jantung berbanding kepada yang tidak consume sayuran/buahan tersebut.
  2. Blood cholesterol – Terung mengandungi fiber yang tinggi amat berguna dalam pengawalan kolestrol. Results of a 2014 study in rodents indicated that chlorogenic acid, a primary antioxidant in eggplants, may decrease levels of low density lipoprotein, or “bad,” cholesterol and reduce the risk of nonalcoholic fatty liver disease.
  3. Cancer- Kandungan polyphenols dalam terung boleh mengawal badan daripada serangan cancer. Anthocyanins and chlorogenic acid dapat melindungi cells daripada rosak disebabkan oleh free radical. Anthocyanins boleh preventing new blood vessels daripada pembentukan tumor , mengurangkan inflammation and menghalang the enzim yang menyebarkan cell cancer.
  4. Cogitive Function (Kesihantan Cell-cell otak) – Terung juga mengadungi nasunin dalam kulit terung boleh menlindungi brain cell membrane daripada rosak disebabkan oleh free radikal. Nasunin ni menghantar bekalan nutrient ke cell otak dan membuang cell=cell yang tidak berguna (waste move out), Nasunin juga boleh mengurangkan pemecahan lemak2 dalam otak yang boleh menyebabkan kerosakan pada cell otak. Anthocyanins boleh membekal aliran darah ke otak dan mencegah radang otak yang boleh menyebabkan penyakit nyayuk.
  5. Pegawalan berat badan- Kadungan fiber yang tinggi dan rendah kalori amat baik untuk menurunkan berat badan, Cuma kena berhati2 dalam memasak terung, jangan di goring dengan minyak kerana ianya menyerap minyak, gunakan air fyer or baked/rosted.
  6. Kesihantan mata- terung mengandungi antioxidants lutein dan zeaxanthin boleh menjaga kesihatan mata terutama kepada golongan orang-orang tua.

Disini saya ingin share resepi untuk membuat terung yag boleh dimakan begitu saja. Sepatutnya menjadi crispy tetapi pasal saya ni bukan seorang chef, tak menjadi crispy tetapi rasa amat sedap.

Bahan-bahan:

  • 1 biji terung size besar ( saya guna 2 terung size sederhana)
  • Sedikit garam
  • Olive oil / butter – untuk diet better guna olive oil
  • 1 tspn Dry Italian spice
  • 1 tspn dry basil
  • 1 tsp garlic powder ( saya pakai bawang putih 2 ulas ditumbuk hancur)
  • 1 tspn chili flakes
  • 1 tsp paprika ground
  • 1 tsp dry thyme
  • Parmesan cheese powder
  • Serbuk roti ( saya tidak ada, so saya guna lady finger biskut (Savoiardi)- dihancurkan)

Cara masakan :

  1. Potong terung seperti ring (bulat-bulat), letak dalam bekas di tabor sedikit garam kemudian dibiarkan selama 30 minit untuk membuang rasa pahit terung dan mendatangkan rasa manis terung.
  2. Campurkan spices diatas bersama serbuk roti,parmesan cheese- digaul hingga sebati.
  3. Terung yang ditabur garam itu di celup kedalam olive oil ataupun butter yang cair kemudian digaul bersama campuran diatas
  4. Panaskan oven dalam suhu 200C, masukkan terung kedalam oven selama 15 minit, dalam masa 7 minit balikkan terung itu. Kemudian siap di makan.
  5. Terung ini juga boleh dibuat topping pizza, boleh dimakan dengan nasi, dibuat snak.

Untuk yang berdiet, hati-hati dalam pemilihan garam, cheeseparmesan dan serbuk roti. Kalau tak letak pun rasanya juga sedap, masukkan spices-spices itu sahaja dah mencukupi.