Assalamualaikum…..Buonasera. Pernah try kopi bersama jagung?
Coffee Batida de milho verde, kopi yang dicampur dengan susu dan jagung, asal resepi daripada Brazil. Kini amat popular di Filipina , Qatar dan USA. Kopi jagung menjadi kegemaran ramai disebabkan rasanya yang padu dan gabungan benefit jagung bersama kopi.

Kelebihan pada kopi kita sedia maklum, kini benefit jagung seperti dapat mengawal gula dalam darah baik untuk pesakit diabetis, mengelakan penyakit buasir, mengurangkan colon cancer, bagus untuk mata dan kulit, baik untuk jantung, mengurangkan kandungan kolestrol . Mengelakkan anemia, Tetapi kena berhati-hati kepada yang berdiet kerana kandungan kalori dalam jangung boleh dikatakan tinggi dan boleh meningkat berat badan, oleh itu jagung perlu diambil dalam quantity yang sedikit untuk mendapatkan kelebihan dan tidak menaikkan berat badan.

Kalau mengikut resepi daripada salah satu coffee restaurant di USA, mereka mengunakan sweet corn ( jagung manis dalam tin) di blend bersama condense milk kemudian di campur kopi. Rasanya memenang sedap tetapi bagi yang berdiet tidak digalakkan kerana manis dan kalori tinggi. Kalau di Filipina mereka menguakan jagung yang di roasted/ bakar di blend bersama susu dan di campur kopi.
Bagi saya untuk yang berdiet, apa yang saya buat jagung di rebus terlebih dahulu dan di blend bersama susu low fat bersama ice. Kemudian dimasukkan esspreso rasanya memang sedap (saya memang peminat jagung) dibuat minum petang bersama dengan dark coklat 99% koko ( sebagai coklat terapi).
