Moka Pot Explode? Boleh meletupkah Moka Pot ni?

  • Post category:Kopi

Assalamualaikum….Buongiorno.

Kepada peminat kopi yang membrew mengunakan moka pot. Boleh meletupkah Moka Pot ni? Jawapannya boleh. Apa langkah keselamatan untuk mengelakkan berlakunya Moka Pot meletup. Kalau tengok dalam internet dan YouTube yang saya bagi ada case yang direkodkan moka pot boleh meletup.

Di bawah ini saya senaraikan beberapa langkah yang kita kena buat untuk mengelakkan berlaku kemalangan seperti ini. Apa yang saya list ini berdasarkan pembacaan saya dan pengalaman saya sendiri.

  1. Pastikan trusted brand. Cari yang ori bukan yang copy ori.
  2. Pastikan moka pot kita itu tidak ada sebarang defect dari pengilang. Pastikan anda check terlebih dahulu. Kalau moka pot itu kemek ke, safety valve tak function ke.
  3. Follow instruction manual. Pastikan air yang di masukan di compartment bawah itu tidak melebihi safety valve.
  4. Pastikan coffee yang guna itu jangan terlalu mampat sangat.
  5. Pastikan selepas membrew, bersihkan moka pot supaya tidak ada coffee residue or particle boleh blockage safety valve.
  6. Jangan tekan safety valve dari luar- ianya akan merosakakn small ball valve dan spring.
  7. Tekan dari dalam pastikan spring fungsi keadaan baik, jangan selalu tekan nanti rosak valve. Sekali sekala sahaja.
  8. Sekali sekala lakukan steam flushing- masukkan air di bawah dan jangan masukkan coffee. Biar steam release ikut corong atas, pastikan semasa steam flushing cover atas ditutup kerana hot steam yang first keluar with high velocity boleh menyebabkan melecur kalau terkena kulit.
  9. Jangan guna ground coffee yang terlalu halus. Possibility boleh blockage the safety valve. Kalau beli ground coffee pastikan sesuai dengan moka pot.
  10. Jangan di tekan coffee yang telah letak pada filter itu.
  11. Jangan guna api besar semasa membrew, guna api kecik je or sederhana, bila coffee dah start keluar bubble stop terus api.
  12. Safety valve tepi itu untuk release pressure kalau overpressure, steam akan keluar ikut tepi kalau overpressure berlaku, jikalau anda melihat ni tutup segera api untuk reduce pressure dan cool down temperature.

Overpressure dalam moka pot ini berlaku di bahagian bawah compartment, inya berlaku jika air kopi yang mendidih tidak dapat dikeluarkan sesebabkan filter blockage, anda janga risau safety valve berfungsi untuk release pressure yang jadi masalah ialah safety valve ini yang rosak semasa filter blockage. Jadi hati-hati lah dalam mengunakan moka pot sentiasa ambil peduli , cuci bersih2, elakkan particle tersumbat pada filter dan safety valve.

Moka pot pressure dalam 1.5 barg to 2 barg, ada satu article saya pernah terbaca (terlupa link) bagitau moka pot operating rage 2-5 barg. kalau lah betul 5 barang mahu design pressure dalam 6-7 barg. 7 barg ni kalau meletup mahu tembus siling. Nauunzubillahhiminzalik. Jikalau anda ada pengalaman ingin menambah list di atas saya amat mengalukan untuk keselamatan kita bersama.

Tetapi jangan pulak takut bila terbaca article ini, kita ambil langah berjaga-jaga ikut peraturan inshaAllah tidak berlaku apa-apa. Saya ada kawan dari Sicily umur dah dekat 60 tahun dia guna moka pot sejak muda lagi dah lebih 40 tahun tiada masalah pun.