Resepi Creamy Italian Chicken Grill

Assalamualaikum…bounasera.

Apa hidangan malam anda malam ini munkin anda boleh try resepi ini. Apa hidangan malam anda malam ini munkin anda boleh try resepi ini. Resepi ini rupanya lebih kurang ayam percik kelate . Tapi rasa berbeza kerana bahannya berbeza.

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam ( saya guna brand az-zain) size kecil
  • 15 ulas Bawang putih tanpa buang kulit- guna untuk bakar ayam
  • Olive oil
  • 1 tbsp dry basil
  • 1-2 tbsp dry oregano
  • 1 tspn chili flakes
  • Dry thyme dan dry italian herb kalau ikut original resepi kena letak tapi saya dah kehabisan jadi guna oegano dan basil
  • Garam sekucup rasa
  • 4-5 biji buah tomato ( di grill)…

Bahan untuk buat gravy/creamy :

  • 1 tin (390 g) Susu cair carnation – 500 kalori
  • Sedikit tepung jagung
  • 10 ulas bawang putih – untuk buat creamy

Cara masakan :

  1. Perapkan ayam dengan disapu olive oil, sedikit garam, dan bawang putih bersama kulit (diketuk) selama 10 minute.
  2. Panaskan grill oven pada suhu 200 C ,
  3. Bunkuskan ayam yang diperap dengan aluminium foil ( saya dah kehabisan aluminium foil) so guna bake paper Masukkan kedalam oven selama 15-20 minute.
  4. Kemudian perlahankan suhu ke 180 C, bukakan bungkusan aluminium foil dan di biarkan selama 45 minute. Sebenarnya tergantung pada kaedah masing-masing. Kita punya target nak ayam itu masak. Kalau lama sangat jadi keras pula. Kalau sekejap sangat jadi tak masak penuh. So kena selalu check.
  5. Bila dah masak boleh angkat dan letak di dalam bekas.
  6. Untuk tomato grill itu nak masuk skali dengan ayam pun boleh. Tetapi saya gril berasingan.

Cara buat gravy/creamy :

Masukkan olive oil dalm periuk/kuali api perlahan. Masukkan bawang putih yang di buang kulit (ditumbuk kasar). Bila dah ampak sedikit golden bawang itu masukkan susu cair 1 tin. Kemudian masukkan sedikit tepung jagung yang telah dilarut dalam air sejuk. Bila dah sebati dan mendidih. Tambakan sedikit garam jika perlu masukkan sedikit gula.

Gravy ni boleh disiram pada ayam atau di buah pencicah. Sebenarnya gravy/creamy ni agak tinggi kalori. Susu cair dah 500 kalori , tepung jagung lagilah 100g dah 380 kalori. Jadi untuk berdiet tu tak perlu gravy ini. Kalau nak juga ambik sedikit sahaja.

Untuk yang berdiet, guna chicken breast without skin. Chicken breast (dada ayam) kalori dalam 285 untuk 175g, kalori nya datang 80% daripada protein. Perbanyakkan vege grill seperti tomato, cauliflower, asparagus, bawag besar, chili besar ( capsicum , sweet palermo).