Resepi Hummus

Assalamualaikum…buongiorno.

Hari ni saya nak share resepi bagaimana nak prepare hummus cara yang paling simple. Sebagaimana yag kita tahu hummus amat bagus untuk yang berdiet seperti yang telah saya cerita dalam article sebelum ini.

Bahan-bahan :

  • 2 tin chickpeas – dalam 255 g (tanpa air)
  • Olive oil
  • Sedikit garam
  • 1 biji orange ( kalau ikut original resepi orang arab guna lemon)
  • Tahini ( saya guna 50g sesame seed)- nanti saya bagitau macam mana nak buat tahini di bawah.

Cara pembuatan :

  1. Prepare Tahini dulu sebelum buat hummus. Ambil sesame seed ( yang putih ). Sangai atas kuali dengan api kecil. Kacau sehingga bertukar jadi golden color.
  2. Masukkan biji bijan yang telah di sangai ni dalam food processor or mixer. Kisar sehingga hancur. Then tambahkan sedikit2 olive oil atau pun grape seed oil. Saya suka olive oil lagi dari grape seed oil. Lepas itu, masukkan sedikit garam.
  3. Untuk Hummus pula. Mula-mula kita blend or kisar chickpeas itu dulu. Samada guna mixer/food processor. Saya guna blender sahaja (pastikan high power blender).
  4. Masa blender itu masukkan air sedikit-sedikit untuk lembutkan chickpeas itu. Kemudian tambahkan sedikit olive oil.
  5. Kemudian masukkan air perahan orange/lemon.
  6. Masukkan sedikit garam. Kalau chekpeas dalam tin itu dah masin pandai-pandailah adjust tahap kemasinan itu.
  7. Kemudian ambil Tahini yang dah siap itu masukkan ke dalam chickpeas yang telah dikisar tadi then kisar bersama-sama.
  8. Kemudian siap untuk dimakan. Saya rasa rasanya lagi better dari yang beli di kedai arab.

Boleh di makan hummus dengan berbagai cara, nak makan dengan roti gerdenia pun boleh, dengan roti arab pun boleh, nak gaul dalam salad pun boleh, nak belasah dengan satay pun boleh. Hummus ini untuk enak lagi boleh ditambah sedikit madu.

Tapi pasal saya nk jaga badan sikit hari ini makan hummus dengan kopi sahaja. Hummus amat bagus untuk pengamal diet keto kerana kandungan carbo yang rendah tetapi juga boleh untuk diet-diet yang lain cuma kena pandai-pandailah adjust bergantung kepada diet programm anda kerana bahan nya cuma kacang kuda/bijan/olive oil/lemon.