Resepi Italian pumpkin soup dan khasiatnya.

Nak sihat, Nak nampak muda, Nak kurus, Nak kulit cantik dan banyak lagi khasiat dan juga enak di makan? Anda boleh cuba “ITALIAN PUMPKIN SOUP” Pumpkin ( labu) ni ada 9 kelebihan yang impressive kepada yang memakannya.

  1. Highly Nutritious terutama Vitamin A dan calorie memang low giler (kalo consume 250 g baru 49 calori)
  2. High antioxidant boleh mengurang pelbagai penyakit berbahaya. Antioxida seperti alpha-carotene, beta-carotene and beta-cryptoxanthin. These can neutralize free radicals, stopping them from damaging your cells.
  3. Penuh dengan vitamin yang boleh boost immunity (vitamin A,C,E,iron folate dll)
  4. Vitamin A, Lutien dan Zeaxantin boleh menjaga kesihatan mata
  5. Kepadatan dengan Nutrient dan low calorie boleh promote kepada weight loss ( boleh buat jadi kurus)
  6. Antioxidant dalam pumkin boleh mengurangkan risiko cancer (alpha dan beta carotene boleh kurangkan cancer perut, Carotenoid boleh kurangkan cancer pankreas,cancer throat and breat cancer also others cancer)
  7. Potassium,Vitamin C dan Fiber boleh kurangan serangan jatung (Potassium boleh lower blood pressure dan reduce risiko stroke, kurang kolestrol jahat)
  8. Mengandungi compound (bahan) yang boleh mencantikkan /menyihat kan kulit ( kandungan vitamin A ( 245% dlm 250g pumpkin soup)(carotenoid, beta carotene, Vitamin C semua ni boleh mencantikkan/sihatkan kulit boleh jadi kalogen, tambahan dengan lutein, zeaxanthin, vitamin E
  9. Pumkin in versatile , boleh di buat berbagai cara untuk diet anda. Nak buat soup boleh, nak buat bubur boleh,nak buat sayur pun boleh dan buat cake pun boleh . Macam-macam boleh

Disini saya nak share salah satu dari resepi kegemaran saya iaitu pumpkin soup Italian style dengan croutons.senang sahaja.

Bahan-bahan :

  • 400-500g pumpkin- dipotong labu kecil2
  • 1-2 biji potato ( nanti kelebihan potato ni juga amazing..untuk diet..next time kita share )
  • 1 biji bawang besar
  • 1 tsp serbuk cinnamon
  • 1 tsp serbuk black pepper
  • 500 ml vege broth (stock)
  • 1 tin kecil lemak susu ( cari yang low calorie)
  • 3-4 tbsp olive oil

Untuk buat Croutons

  • 4-5 keping whole grain bread
  • 2-3 tbsp olive oil
  • 1 tbsp parmesan cheese

Cara masakan :

  1. Ambil labu dan potato yang dipotong dadu itu..blend dalam blender untuk hancurkannya.
  2. Tumis bawang besar dengan olive oil.
  3. Bila bawang dah nak jadi golden, masukkan labu dan potato yang sudah di mesin.
  4. Masukkan sedikit garam , cinnamon powder dan black pepper powder.
  5. Tambahkan vege broth.
  6. Kacau biar semua sebati, guna api kecil biar sahaja masak dan sambil-sambil itu pergilah kacau skali skala. Kalau nampak tak cukup air tambah lagi vege broth. Bila dah masak masukkan lemak susu or cheese cream ( tapi cari yang low calorie)
  7. Siap untuk d makan bersama bread croutons.
  8. Ok untuk buat crouton ini, yang cara betulnya guna oven. Potong dadu 5 keping roti.
  9. Kemudian letak dalam bekas. Curahkan olive oil gaulkan dan taburkan parmessan cheese.
  10. Lepas itu, bakar dalam oven suhu 200C selama 5 minit.
  11. Tapi cara saya nak cepat, roti yang di gaul olive oil masuk dalam kuali . Seterusnya tabur parmessan. Goreng bila dah nampak kering then angkat.
  12. Masukkan dlm bekas di makan bersama pumpkin soup.