Assalamualaikum..Bounasera.
Pernah rasa Pasta Al Nero di seppia ( Pasta bersama Dakwat Hitam Sotong).Pasta ini berasal dari Sicily, Italy. Saya belajar masak pasta ini dari Sicilian friends. Pasta ini sesuai dimakan masa lunch, tetapi nak belasah masa dinner boleh juga tetapi janganlah masa breakfast. Italian cukup marah kalau makan pasta di waktu pagi.

Kepada yang berdiet pastikan anda ada reserve kalori untuk digunakan kerana pasta ini agak tinggi kalori. Satu hidangan dalam 500 kalori. Jadi makan small portion sahaja. Jadi sesiapa mengunjungi Italian restaurant kalau tengah berdiet itu kena ingatlah kalori pasta ini agak tinggi. Caranya agak mudah tetapi mengambil masa yang agak lama (tetapi rumit agak masa nak asingkan black ink).
Bahan-bahan:
- Saya guna dekat 1 kg sotong size sederhana
- 1 paket spaghetti (500g)
- Olive oil dalam 1 cup
- Garlic 1 labu size besar ( dipotong halus-halus or cincang)
- Daun Parsley 1 genggam (di cincag halus)
- Garam secukup rasa
- Parmesan Cheese ( powder/ shredded)
- Cheddar Cheese ( yang bar aged 18 month di parut)

Cara masakan:
- Ambil sotong tarik perlahan-lahan. kepala sotong untuk keluarkan katung black ink.
- Asingkan katung black ink itu.
- Bersihkan sotong dan potong kecil-kecil.
- Bersihkan katung black ink. Jangan bagi pecah.
- Masukan olive oil dalam bekas/periuk besar, Buka api perlahan kemudian masukkan bawag putih.
- Bila bawang dah jadi golden masukkan sotong dan parsley.
- Masukkan air sedikit masak sotong bersama olive/parsley/bawang dalam masa 45min – 1 jam.
- Sekali sekala cek air, jangan bagi sotong melekat..kalo perlu tambah air panas sedikit.
- Sementara tunggu sotong itu. Masakkan pasta.
- Macam biasa panaskan air dulu bila dah mendidih baru dimasukkan pasta dan di masukkan garam.
- Selepas 30 min sotong itu dimasak. Masukkan black ink. Kacau hingga rata.
- Pasta yang dah masak di toskan. Letak tepi dulu.
- Selepas 45 minit or 1 jam. Masukkan pasta ke dalam bekas sotong. Kacau biar rata semua black ink.
- Masukkan parmesan cheese dan garam mengikut rasa masing-masing.
- Masukkan juga cheddar cheese. Kacau hingga rata.
- Then boleh angkat dan makan.
Tetapi ingat kalori memang tinggi. Resepi diatas dalam 2000 kalori, so 1 hidangan boleh dalam 500 kalori tetapi sekali sekala kalau nak langgar pantang tak apa. Kecuali yang ada penyakit.

