Resepi Risotto with mushroom

Assalamualaikum…buonasera. Selamat malam. Pernah makan RISOTTO?

Risotto with mushroom. (Risotto dengan halal ingredient). Adakah hari ini “cheat day” or rest day kepada sesiapa yang work-out? Apa yang anda makan semasa rest day sekali sekala bolehlah makan yang enak dan sedikit high calori dan fat tapi jangan berlebihan kita kena bersederhana bagi setiap perkara yag kita lakukan.

Risotto ini makanan tradisional Italy bagi menggantikan pasta penduduk North Italy dulu semasa abab ke 11 kalau tak silap makan rissoto iaitu beras yang pendek lebih kurang macam beras jepun. Rasa lebih kurang beras yang kita makan sahaja tetapi cara masakan agak berbeza pasal diorang banyak makan cheese dan minum wine jadi masakan risotto pun di masukkan cheese dan white wine tetapi jangan risau kita tak minum wine haram. White wine boleh di ganti dengan bahan yang halal yang tidak akan merosakkan rasa original risotto.

Bahan-bahan:

  • 300-400g Arborio rice. Ini beras risotto boleh didapati di pasaraya, atau dalam lazada/shopee munkin ada.
  • Mushroom (white) tetapi saya tiada fresh mushroom putih guna mushroom yang kering kaler black(mushroom di rendam dulu dalam air sejuk, bila dah lembut potong kecil-kecil)
  • Olive oil
  • Butter
  • Parmesan cheese
  • 1 biji bawang besar (potong dadu)
  • 2 biji tomato (buang biji potong panjang-panjang)
  • 2-3 ulas bawang putih( potong dadu)
  • 2 batang celery( potong kecil-kecil)
  • 1 liter Vege stock
  • Sedikit black pepper (guna yang powder)
  • Chicken stock
  • Vinegar ( apple or balsamic)- saya guna balsamic.
  • Untuk ganti white wine , anda kena campurkan chicken stock dan balsamic/cider/vinegar supaya rasa original risotto dikekalkan.
  • Oregano dry leave – kalau tak suka rasa oregano tak perlu masukkan
  • Basil dry leave- kalau tak suka rasa basil jangan masukkan

Cara masakan:

  1. Masukkan olive oil dalam bekas panas kan dan masukkan celery, bawang besar,bawag putih, black pepper bila dah naik bau. Masukkan mushroom dan masukan beras risotto gaul hingga rata masukkan butter.
  2. Kemudian kalau ikut original resepi guna white wine tetapi kita tukar dengan campuran balsamic dengan chicken stock( campur dalam bowl gaul hingga rata) kemudian tuangkan ke atas beras risotto tadi yang sedang dipanaskan.
  3. Gaul sehingga campuran sebati kemudian masukkan sedikit demi sedikit vege stock. Vege stock boleh beli yang dalam kotak atau buat sendiri kacau bahan tersebut. Kemudian masukkan vege stock meliputi risotto tutup bekas sekali sekala pergi kacau tengok untuk elakkan jadi hangit.
  4. Sama macam masak nasi tetapi air kena banyak pasal risotto ni lebih kurang nasi lembek. Bila dah masak masukkan parmesan cheese dan tomato. Kalau ada apa-apa vegetables masuk sahaja bagi variety.

Risotto ini antara nasi biasa dan nasi bubur sebenarnya atas citarasa kita. Risotto ini boleh dicampur semua benda nak masuk ayam boleh, nak masuk daging boleh, nak masuk vege saja pun boleh. Malam ini saya prepare vege risotto ( mushroom/celery/spinach/tomato).

Rasanya ikut selera lidah dan tekak masing-masing. Personally saya suka makan risotto kerana ada cheese. Hehehhe hari ini kan cheat day.