Resepi sesuai untuk dinner dan supper tuna fishcakes dengan green peas.

Hari ini nak share satu resepi yang senang, high carb high protein, calorie dalam 250-500.

Bahan-bahan
  • Ambil 1 tin chickpeas yang 255g without water
  • 400g Tuna flakes (cari yang tuna in brine kalau tiada tuna flakes yang kosong)
  • Bawang besar (1 biji-potong bulat macam ring)
  • Bawang putih ( 2 ulas)
  • Chili flakes (1 tsp nak pedas letak banyak skit)
  • Perahan lemon juice ( 1 biji)
  • Daun parsley (3 tsp-potong (chopped))
  • Tepung chickpeas (3-4 tbsp) (kalau tidak ada boleh guna tepung gandum)
Ini hasilnya, mungkin anda boleh buat lagi cantik.

Cara masakan

  1. Kisar chickpeas sampai hancur.
  2. Kemudian masukkan onion ring ,garlic ,parsley dan semua bahan. Kita gaul semua.
  3. Masukkan garam secukup rasa dan juga black pepper powder.
  4. Lepas itu, goreng seperti goreng cekodok.
  5. Siap. Hidangan boleh di makan untuk 3-4 orang.

Kalau makan 3 orang calorie tidak akan sampai 500 , munkin dalam 100-200 sahaja. Enak jugak dimakan dengan cili padi. Jika ada lebih boleh masuk fridge dan esok boleh buat breakfast.

Selamat mencuba.