Assalamualaikum….buongiorno.
Malas nak masak dan nak cepat tetapi perlukan satu makanan yang khasiat munkin makanan ini boleh di consider “ Telur rebus dengan air asam”.
Bahan-bahan:
- Rebus telur (masak penuh)
- Tomato (3-4 biji)- dicincang
- Bawang besar (kuning/putih)- 1-2 biji-dicincang
- Air asam jawa
- Cuka makan sedikit
Cara masakan:
Campurkan tomato,bawang,air asam jawa dan lemon. Kemudian ditabur ketasa telur rebus dan sudah di kupas. Masukan sedikit garam dan gula. Mengikut citarasaa masing-masing.

Khasiat telur amat banyak sebenarnya tetapi ada limit. Kepada yang high cholesterol di nasihatkan jangan makan lebih dari 1 biji telur sehari. Kalau ikut the American Heart Association maximum kolestrol boleh ambil dalam 300mg per day. Dalam telur kuning ada 185 mg kolestrol kalau nak makan lebih boleh tetapi amik telur putih sahaja, telur kuning amik 1 sahaja. Sebenarnya pasal telur ayam ni banyak debat dikalangan pengkaji-pengkaji or medical research / nutrition research. Saya cuma sampaikan dari pembacaan sahaja apa-apa pun kita kena tahu limit yang penting jangan berlebihan. Tetapi kepada yang tidak ada masalah kolestrol boleh sahaja makan lebih dari satu.